Cari jawapan kepada persoalan anda tentang Haffa Go, platform pembelajaran Islam anda yang dipercayai
Siapa disebalik Haffa Go
Haffa merupakan sebuah platform digital yang khusus dalam pengajian Fardhu Ain, diasaskan oleh dua orang ustaz kembar, Ustaz Hafiz Afandi dan Ustaz Faiz Afandi. Ditubuhkan pada 21 Oktober 2021, Haffa memulakan langkahnya dengan menyediakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain secara percuma melalui platform online, yang diajar sendiri oleh pengasasnya.
Visi Haffa GO
Menjadi peneraju dalam pengajian ilmu Fardhu Ain secara komprehensif, inovatif, dan mudah diakses yang membantu setiap individu Muslim memperkukuhkan ilmu ibadah berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Misi Haffa GO
Memperkasakan pembelajaran Fardhu Ain secara digital melalui Modul Haffa yang komprehensif, praktikal, dan berkesan bagi semua peringkat umur.
Adakah saya memerlukan internet untuk mengakses video?
Ya, anda memerlukan sambungan internet untuk mengakses video modul melalui sistem pembelajaran kami.
Berapa lama tempoh saya boleh mengakses video?
Pelanggan yang membeli modul Haffa diberikan akses tanpa had masa untuk menonton video dalam sistem kami. Walau bagaimanapun, jaminan akses hanya diberikan selama 1 tahun dari tarikh pembelian.
Ini bermaksud, jika berlaku sebarang isu seperti masalah pada laman web atau kegagalan akses dalam tempoh jaminan 1 tahun, kami akan memberi ganti rugi atau penyelesaian sewajarnya. Selepas tempoh 1 tahun, anda masih boleh menonton video selagi sistem beroperasi, tetapi sebarang isu akses tidak lagi dijamin atau diberi ganti rugi.
Bagaimana jika saya mempunyai persoalan atau kekeliruan ilmu berkaitan kelas yang saya beli?
Kami menyediakan ruang bertanya soalan di dashboard sistem. Anda boleh menggunakan ruangan tersebut untuk mengemukakan soalan, dan guru kami akan membantu menjawab kekeliruan anda.